![]() |
Idea "Keningau Clock Tower" diilhamkan oleh YB Tan Sri Datuk Sri Panglima Joseph Kurup, mantan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat dan Menteri pada masa itu bertanggungjawab ke atas hal-ehwal LKTNS dalam satu Mesyuarat Tindakan Daerah Keningau yang diadakan pada tahun 2000. Dalam mesyuarat tersebut, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah telah diminta untuk memberi sumbangan bagi mencantikkan bulatan Jalan Protokol yang menjadi "Landmark" bagi Daerah Keningau. Ini adalah selaras dengan peranannya sebagai sebuah agensi kerajaan yang berfungsi memajukan dan membantu dalam perlaksanaan projek-projek luar bandar.
|
|
![]() |
Konsep dan rekabentuk "Keningau Clock Tower" adalah diciptakan untuk mencerminkan ciri-ciri utama Daerah Keningau yang juga merupakan bandar utama di kawasan pedalaman. Ciri-ciri ini adalah seperti rusa dan pokok kayu manis atau dipanggil oleh penduduk-penduduk tempatan sebagai "Pokok Keningau" dimana nama "Keningau" berasal dari pokok ini. Manakala tombak dan perisai mencerminkan suku kaum Murut di Keningau. "Keningau Clock Tower" ini juga melambangkan transformasi sektor pertanian di Keningau daripada perladangan tradisional kepada perladangan moden. |